KUALA LUMPUR: Gandingan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun Kai yakin mampu melangkah lebih jauh pada saingan Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark sekiranya mereka mengulangi prestasi sama di Masters Malaysia 2023.
Kai Wun berkata walaupun ini adalah penampilan sulung mereka di Kejohanan Dunia, namun beregu di ranking ke-25 itu tidak mengalami tekanan dan berpeluang mara ke suku akhir jika mempamerkan aksi terbaik ketika mereka muncul naib juara kejohanan itu pada Mei lepas.
Beliau berkata walaupun berjaya mengekalkan kejuaraan Terbuka Taiwan selepas mengalahkan Lu Ching Yao-Yang Po Han, namun Kai Wun mengakui prestasi ketika saingan Masters Malaysia adalah yang terbaik setakat ini.
"Saya boleh katakan prestasi ketika Masters Malaysia lebih bagus kerana banyak gandingan 10 terbaik dunia menyertai kejohanan itu (berbanding Terbuka Taiwan).
"Kalau dapat main macam di Masters Malaysia, mungkin boleh pergi jauh...mungkin suku akhir atau separuh akhir," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan hari ini.
Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai bukan pilihan akan memulakan kempen Kejohanan Dunia 2023 berdepan wakil Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar pada pusingan pertama.
"Kami sedang berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam gelanggang kerana kami kurang menyerlah dalam tiga kejohanan yang lepas," katanya.
Selepas aksi cemerlang di Terbuka Taiwan, Wei Chong-Kai Wun mengalami kemerosotan prestasi apabila mereka tersingkir awal dalam tiga kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Korea Selatan, Terbuka Jepun dan Terbuka Australia.
Kejohanan Dunia 2023 akan berlangsung pada 21 hingga 27 Ogos di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Kai Wun berkata walaupun ini adalah penampilan sulung mereka di Kejohanan Dunia, namun beregu di ranking ke-25 itu tidak mengalami tekanan dan berpeluang mara ke suku akhir jika mempamerkan aksi terbaik. - Gambar fail
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.
Jin Wei sukar tandingi Se Young
Pemain Korea Selatan itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan Jin Wei dengan keputusan 12-21, 12-21 pada aksi pusingan kedua.
Dua beregu negara buru kejuaraan di final Terbuka Taiwan
Pada aksi separuh akhir, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bagaimanapun tidak melalui pertarungan mudah berdepan Ong Yew Sin- Teo Ee Yi.
Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.
Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan kejayaan muncul sebagai naib juara.
Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.
Wei Chong-Kai Wun tempoh slot ke final untuk Malaysia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan gandingan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam kelompok empat terakhir hari ini.
Pemain muda negara tunjuk belang di India, Sweden
Ketika kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menjadi tumpuan, barisan pemain muda kebangsaan mencipta kejayaan bersejarah.
Terbuka Belgium: Dua wakil negara ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, dan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menang dengan straight set, malam tadi.